Home SemasaGlobal #Global: Rusia mula sekat eksport minyak, cuba turunkan harga bahan api dalam pasaran tempatan

#Global: Rusia mula sekat eksport minyak, cuba turunkan harga bahan api dalam pasaran tempatan

by M.Daim

MOSKOW, 22 SEPT – Kerajaan Rusia telah memperkenalkan kawalan eksport minyak petrol dan diesel, berkuat kuasa 21 September

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Kremlin yang menyatakan “langkah kawalan adalah bersifat sementara.

Pun begitu, pengumuman oleh pihak pemerintah Rusia tidak menyatakan tempoh tamat polisi kawalan.

“Kerajaan Rusia telah melaksanakan sekatan sementara untuk mengeksport minyak petrol dan diesel dari negara ini,

“Sekatan ini turut melibatkan dagangan yang dibuat melalui perdagangan pertukaran,” jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh Moskow.

Pun begitu, agensi TASS melaporkan kerajaan Rusia turut memberikan beberapa pengecualian.

Ini termasuk perdagangan antara kerajaan terutamanya Eurasian Economic Union (EAEU) dan juga bantuan kemanusiaan yang diputuskan oleh Moskow.

Selain itu, sekatan ini tidak melibatkan minyak yang dibawa oleh individu untuk kegunaan diri.

Jelas laporan itu, sekatan ini dilihat sebagai langkah untuk menghalang sebarang eksport yang mencurigakan. Selain itu, langkah ini diambil untuk melambakkan kedua-dua bahan api itu di pasaran tempatan dengan tujuan menurunkan harga.

TASS turut memetik sumbernya yang menjelaskan langkah tersebut merupakan antara pilihan dipertimbangkan oleh Moskow.

Langkah lain adalah untuk mengenakan duti eksport sebanyak US$250 setong kepada mana-mana produk peteroleum. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!