MOSKOW, 22 SEPT – Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Rusia, Nikolay Patrushev mendakwa negara kuasa besar itu sedang berhadapan dengan ancaman peperangan hibrid.
Menurut beliau, ia adalah berdasarkan peperangan maklumat dan usaha untuk menjatuhkan maruah Rusia serta tenteranya di mata dunia.
Nikolay mendakwa usaha tersebut telah didalangi oleh negara Barat.
“NATO dan pengikut mereka telah melancarkan peperangan hibrid terhadap Rusia,
“Serangan sebegini bermatlamat untuk mencabar kedaulatan dan keuthan wilayah,
“Mereka telah mempergunakan peperangan di Ukraine sebagai alat untuk menyerang Rusia dari sudut ketenteraan dan ekonomi,” katanya seperti dilaporkan oleh media Rusia.
Beliau menambah, usaha untuk menjatuhkan Rusia turut melibatkan aktiviti protes yang seringkali dilaksanakan oleh anak muda. – airtimes.my