Home SemasaGlobal #Global: Rusia dan China mesti sepakat, pecahkan ‘kepungan’ Barat – Kremlin

#Global: Rusia dan China mesti sepakat, pecahkan ‘kepungan’ Barat – Kremlin

by M.Daim

MOSKOW, 21 SEPT – Pihak Rusia menyeru penyelarasan dasar yang merapatkan hubungan antara negara itu dengan China.

Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia, Nikolai Patrushev menyatakan usaha itu perlu dibuat bagi mempertingkatkan usaha menangkis negara Barat yang cuba membendung pengaruh kedua-dua negara itu.

Beliau menyatakan perkara tersebut ketika mengadakan perbincangan keselamatan dengan diplomat China.

Jelas Nikolai, Rusia sedang berusaha untuk mencapai perkembangan progresif serta mengeratkan hubungan Rusia-China  dalam kerjasama komprehensif dan strategik.

“Disebalik usaha kolektif oleh negara Barat, adalah penting untuk Rusia dan China meningkatkan lagi koordinasi serta interaksi diperingkat antarabangsa,” katanya.

Presiden Rusia, Vladimir Putin dijangka akan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping pada bulan Oktober.

Lawatan pemimpin tinggi Rusia ke China diadakan bersempena persidangan Belt and Road China.

Dalam pada itu, Nikolai menegaskan sokongan Rusia terhadap China dalam isu Taiwan, Xinjiang dan Hong Kong tidak berubah.

Menurut beliau, ketiga-tiga isu terbabit telah digunakan oleh negara-negara Barat untuk memburukkan China di mata dunia. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!