Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara #Pertahanan: Pesawat F-16 US PACAF mendarat di Butterworth sertai COPE TAUFAN 2023

#Pertahanan: Pesawat F-16 US PACAF mendarat di Butterworth sertai COPE TAUFAN 2023

by Nurulhuda

BUTTERWORTH, 20 SEPT – Pesawat-pesawat pejuang F-16 dari United States Pacific Air Forces (US PACAF) telah mendarat di Pangkalan Udara Butterworth untuk menyertai Eksesais COPE TAUFAN 2023.

Pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memaklumkan, ketibaan juruterbang bersama pesawat F-16 Fighting Falcon termasuk peserta eksesais telah disambut oleh Kolonel Razali Ahmad Jumali TUDM dan Kolonel Kathryn Gaetke selaku CO-Exercise Director (CO-EXDIR) serta pegawai dan anggota TUDM pada Selasa.

“Delegasi dari US PACAF, TUDM dan anggota 10 Briged (Para) telah tiba di Pangkalan Udara Butterworth dan Pangkalan Udara Subang secara berperingkat mulai 10 hingga 18 September 23,

“Kira-kira 220 anggota US, 424 anggota TUDM dan 472 anggota 10 Bgd (Para) terlibat dalam eksesais kali ini,” jelas pihak TUDM menerusi hantaran di media sosialnya.

Tambahnya, eksesais ini turut melibatkan aset udara dari TUDM seperti pesawat Su-30MKM, HAWK, F/A-18D, C-130H, A400 M dan EC 725 AP serta pesawat C-130 dan F-16 daripada US PACAF manakala kenderaan VAMTAC, motosikal, dan meriam LG 1 Mk III daripada 10 Bgd (Para).

Sebelum ini, TUDM menjelaskan, Eksesais Cope Taufan 2023 akan bermula pada 16 hingga 29 Septermber 2023.

Aset TUDM dan US PACAF akan melakukan penerbangan taktikal di kawasan yang telah digazetkan sebagai kawasan latihan melibatkan ruang udara di beberapa negeri antaranya Pulau Pinang, Pahang dan Perak. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!