KUALA LUMPUR, 18 SEPT – Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan hari ini menegaskan penjualan Boustead Plantation masih belum mendapat kelulusan pihaknya.
Beliau menyatakan perkara tersebut selepas mendengar pencelahan oleh ahli parlimen pembangkang semasa Pengulungan Perbahasan Kajian Separuh Penggal RMke-12 oleh Menteri Pertahanan
“Dia (penjualan Boustead Plantation) belum sampai ke tahap kelulusan pihak menteri,
“Malangnya, Datuk di-Pertua, mayat saya ada satu sahaja,” kata Menteri Pertahanan dengan nada seloroh di Dewan Rakyat bagi membalas cabaran oleh ahli parlimen pembangkang kepada beliau.
Terdahulu, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin mencabar Tok Mat untuk mengulangi pendirian ‘Langkah mayat saya dahulu’ dalam isu penjualan Bousted Plantation kepada kepada syarikat minyak sawit Kuala Lumpur Kepong Berhad.
Beliau merujuk kepada pendirian Menteri Pertahanan yang pernah disuarakan sebelum ini, semasa cubaan pihak ketiga yang cuba membeli Pharmaniaga dengan harga murah pada Mei lalu.
“Jadi, mohon Menteri, kalau Menteri kata dulu ‘langkah mayat saya dulu sebelum beli Pharmaniaga’,
“Saya mohon, dalam konteks Boustead Plantation ini, demi askar, kita sebut ‘langkah mayat saya dulu sebelum beli Boustead Plantation,” kata Radzi Jidin.
Sementara itu, Tok Mat menjelaskan beliau akan berunding dengan Kementerian Kewangan bagi mencari penyelesaian terbaik dalam isu ini.
“Saya akan berunding dengan pihak Menteri Kewangan (untuk cari) cara yang terbaik untuk kita mengurus fasa ini,
“Fasa di mana Boustead memerlukan dana untuk mereka membayar hutang-hutang,
“Kerana kalau ini tidak dilakukan, yang menjadi akan masalahnya nanti (adalah) Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kalau Boustead jatuh muflis,” katanya.
Menurut beliau, perkara tersebut timbul kerana LTAT meletakkan lebih 50 peratus pelaburan di Boustead.
Jelasnya, langkah ini perlu diambil bagi memastikan kecairan aset LTAT naik kepada 60 peratus berbanding 20 peratus pada ketika ini.
“Ini bukan satu perkara yang baik. Dia (LTAT) dana persaraan, dia bukan strategic company untuk memegang aset,
“Dana persaraan ni dia paling banyak pun boleh pegang 15 peratus. Dia mesti ada aset kecairan. Tapi aset kecairan LTAT sekarang ni tak sampai 20 peratus.
“Kalau apa-apa berlaku, LTAT akan jadi masalah. Apa kita nak lakukan ialah kita nak rungkai to unlock the value asset yang ada,
“Aset kecairan LTAT sekarang ini tak sampai 20 peratus. Kalau ada apa-apa berlaku, LTAT akan menjadi masalah,” tegasnya.
Jelasnya, langkah pertama adalah untuk memberikan ruang kepada Boustead untuk mencari jalan keluar.
“Kemudian kita akan pertimbangkan cara yang terbaik, mengambil kira pandangan-pandangan yang terbaik untuk kita,” katanya.
Menteri Pertahanan menambah, rundingan dengan Kementerian Kewangan adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini.
“Yang pertama, kita pastikan supaya aliran tunai positif ini dapat diperbaiki dan boleh membayar dividen yang baik kepada LTAT,” kata Tok Mat.
Pada yang sama, beliau menegaskan pihaknya akan memastikan LTAT tidak akan meletakkan pelaburan yang besar dalam sesuatu bidang. – airtimes.my