BRUSSELS, 17 Sept – Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO),Jens Stoltenberg menyuarakan kebimbangan beliau terhadap Perang Ukraine yang akan berpanjangan.
“Kebanyakan perang akan berlanjutan lebih lama daripada jangkaan,
“Oleh itu, kita perlu bersedia untuk peperangan yang lebih lama di Ukraine,” katanya yang dipetik oleh agensi Jerman, Funke Media.
Dalam wawancara khas tersebut, Jens menyatakan semua pihak mengharapkan keamanan akan kembali pulih.
“Pada masa yang sama, kita perlu mengakui sekiranya Presiden Zelensky dan rakyat Ukraine tidak berjuang, negara mereka akan lenyap,” katanya.
Setiausaha Agung NATO turut menyatakan keamanan dapat dicapai sekiranya Presiden Rusia, Vladimir Putin dan tenteranya meletakkan senjata. – airtimes.my