Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat #Pertahanan: Tentera Malaysia, Indonesia kongsi ilmu kepakaran tempur

#Pertahanan: Tentera Malaysia, Indonesia kongsi ilmu kepakaran tempur

by Nurulhuda

INDONESIA, 15 SEPT – Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentara Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) telah  melaksanakan Eksesais LINUD MALINDO 2023.

Latihan bilateral ini dilaksanakan dengan gabungan kumpulan pengempur 10 Briged (Para) yang diwakili Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (17 RAMD) (Para) dan 328 Yonif Para Rider, KOSTRAD dari TNI-AD.

Markas 10 Bgd Para memaklumkan, latihan bersama ini bermula pada 12 sehingga 21 September 23 di Kem YPR 328 Cilodong, Depok.

Menurutnya, majlis pembukaan eksesais ini telah disempurnakan oleh Brigjen TNI Novi Rubadi Sugito di Gor Kartika, Cilodong pada Selasa lalu.

“17 RAMD (Para) yang diketuai oleh Pegawai Memerintah, Leftenan Kolonel Andy Herman Rahimi bersama 5 pegawai dan 16 anggota telah hadir melibatkan diri dalam eks bilateral ini,

“Dengan pelaksanaan latihan ini, pegawai dan anggota yang terlibat dapat berkongsi pengalaman, kemahiran serta memahami budaya masing-masing seterusnya mengukuhkan keakraban di kalangan anggota tentera oleh dua buah negara ini,” jelas pihak 10 Bgd Para lagi.

Eksesais LINUD MALINDO merupakan latihan bilateral tahunan dua hala yang dilaksanakan setiap tahun oleh 10 Briged (Para) dan KOSTRAD TNI-AD. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!