Home Teknologi Pertahanan #TeknologiPertahanan: Saab lanjutkan operasi pembangunan Gripen C/D selepas tahun 2030

#TeknologiPertahanan: Saab lanjutkan operasi pembangunan Gripen C/D selepas tahun 2030

by M.Daim

STOCKHOLM, 14 SEPT – Kerajaan Sweden dan syarikat Saab telah bersetuju untuk melanjutkan operasi pengeluaran serta pembangunan jet pejuang Gripen C/D selepas tahun 2030.

Perkara tersebut merupakan perjanjian baharu yang dimeterai di antara kedua-dua pihak.

Saab dalam satu kenyataan berkata, perjanjian tersebut turut meliputi penambahbaikan Gripen E.

“Penambahbaikan ini merangkumi sistem peperangan elektronik, komunikasi dan tinjauan,

“Perjanjian ini juga melibatkan penukaran jadual penghantaran jet pejuang Gripen C, D dan E,” kata kenyataan itu.

Penambahbaikan tersebut melibatkan perbelanjaan sebanyak US$520 juta.

Lars Tossman, ketua jabatan perniagaan Saab, Aeronautics menyatakan perjanjian ini mencermikan kerjasama rapat antara pihak syarikat dengan kerajaan dan tentera Sweden.

“Pihak kami berbangga kerana dapat memberikan keupayaan operasi kepada pasukan tentera Sweden,

“Ini dilakukan dengan memperkuatkan lagi keupayaan Gripen yang merupakan jet pejuang bertaraf dunia,” katanya.

JAS 39 Gripen merupakan jet pejuang yang dihasilkan oleh Saab. Pesawat tempur berenjin tunggal ini mempunyai keupayaan tempur yang pelbagai dan berkelajuan supersonik.

Gripen E yang turut dikenali dengan Gripen NG (Next Generation merupakan model terkini bagi siri jet pejuang tersebut.

Pada ketika ini, Gripen E dioperasikan oleh Brazil dan Sweden. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!