Home Semasa #Semasa: Himpunan anti Zahid – Polis belum terima permohonan, peserta boleh dikenakan tindakan

#Semasa: Himpunan anti Zahid – Polis belum terima permohonan, peserta boleh dikenakan tindakan

by Nurulhuda

IPOH, 11 SEPT – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia yang akan dirancang diadakan di depan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang makluman berhubung himpunan itu seperti yang termaktub di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang ingin menganjurkan sebarang perhimpunan perlu membuat permohonan mengikut prosedur di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dalam tempoh 5 hari sebelum acara.

“Pemohon juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik-pemilik premis di kawasan terlibat, dalam konteks ini saya difahamkan perhimpunan ini akan diadakan di kawasan Sogo, (jadi) mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan juga Sogo,

“Permohonan ini perlu dikemukakan 5 hari sebelum tarikh perhimpunan itu diadakan, kalau ikutkan hari inilah yang terakhir (untuk membuat permohonan), dan ketiga mestilah tiada bantahan daripada masyarakat yang berada di sekeliling, mungkin pemilik gerai-gerai atau Sogo yang perlu buat bantahan dalam masa 48 jam,” katanya selepas menyempurnakan majlis perasmian Hari Ulang Tahun Pasukan Gerakan Udara (PGU) ke-44 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU), hari ini.

Dalam masa yang sama, Ayob Khan menegaskan, pihaknya akan mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada sekiranya penganjur masih tidak membuat permohonan hari ini dan bertegas untuk tetap mengadakan perhimpunan.

Pada Ahad, Pemuda Perikatan Nasional (PN) bersama gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan bakal mengadakan Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia di hadapan Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur Sabtu ini.

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kempen dijadual bermula pukul 2 petang itu bertujuan membuka mata rakyat berkenaan isu semasa termasuk kes pelepasan pertuduhan 47 kes rasuah dan pengubahan wang haram Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!