Home Semasa #Semasa: PRK Pulai, Simpang Jeram ditetapkan 9 September

#Semasa: PRK Pulai, Simpang Jeram ditetapkan 9 September

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor diadakan pada 9 September depan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh memaklumkan, tarikh penamaan calon bagi kedua-dua kawasan itu pada 26 Ogos ini, manakala pengundian awal diadakan pada 5 September 2023.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di menara SPR bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK berkenaan.

Mesyuarat itu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai dan Dun N13 Simpang Jeram berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Allahyarham Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah akibat pendarahan otak. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!