Home Teknologi Pertahanan #TeknologiPertahanan: H175 terima persijilan penerbangan China, buka pintu pemasaran kepada Airbus Helicopters

#TeknologiPertahanan: H175 terima persijilan penerbangan China, buka pintu pemasaran kepada Airbus Helicopters

by M.Daim

MARIGNANE, 20 JUL – Peluang perniagaan Airbus Helicopters untuk memasarkan produk mereka H175 di China semakin cerah selepas menerima persijilan dari pihak berkuasa penerbangan negara Asia itu.

Airbus Helicopters dalam satu kenyataan berkata, penganugerahan sijil penerbangan H175 oleh Civil Aviation Administration of China (CAAC) merupakan satu kejayaan untuk syarikat Eropah itu.

“Penganugerahan sijil kepada H175 merupakan pencapaian besar dan berterusan dalam kerjasama antara Airbus Helicopters dengan industri helikopter China,

“H175 mempunyai prestasi dan kemampuan tersendiri dalam memberikan khidmat kepada rakyat China,” kata Ketua Pengarah Eksekutif Airbus Helicopters, Bruno Even dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, helikopter ini berupaya untuk melaksanakan misi menyelamat yang kritikal dalam apa jua keadaan.

H175 merupakan helikopter pengangkut kelas sederhana yang dihasilkan oleh Airbus Helicopters semenjak 2015.

Helikopter ini telah mencatatkan 185,000 jam penerbangan di 13 buah negara.

Ia digunakan bagi tujuan industri, operasi menyelamat, perkhidmatan perubatan dan juga penerbangan perniagaan serta persendirian. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply