Home Semasa #Semasa: 10 rakyat Malaysia terkandas di India, selamat – Wisma Putra

#Semasa: 10 rakyat Malaysia terkandas di India, selamat – Wisma Putra

by Nurulhuda

NEW DELHI, 13 Jul – Sepuluh rakyat Malaysia yang terperangkap di negeri Himachal Pradesh, India yang dilanda banjir, selamat dan dijangka tiba di New Delhi hari ini.

Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra) dalam kenyataan memaklumkan, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dapat menghubungi salah seorang rakyat Malaysia yang terkandas dan menerima maklumat kesemua mereka selamat di bandar Manali.

Sebelum ini, 12 pendaki Malaysia dilaporkan hilang di wilayah India itu selepas keluarga mereka tidak dapat menghubungi mereka.

Wisma Putra bagaimanapun menjelaskan, daripada 12 individu itu, sebenarnya seorang adalah warga adalah China dan seorang lagi warga British.

“Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi mengesahkan telah dapat berhubung dengan salah seorang dari 10 rakyat Malaysia tersebut,

“Sekiranya rancangan evakuasi berjalan lancar, kumpulan itu dijangka mengambil penerbangan pulang ke Malaysia pada hari yang sama,” kata kementerian itu.

Hujan monsun lebat telah menyebabkan banjir dan tanah runtuh di beberapa bahagian utara India, dengan Himachal Pradesh negeri yang paling teruk terjejas.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!