Home PolitikPAS /PPBM / LAIN #Politik: Setelah 7 bulan memerintah, masalah kerajaan PH-BN lebih besar dari jangkaan

#Politik: Setelah 7 bulan memerintah, masalah kerajaan PH-BN lebih besar dari jangkaan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 12 Jul – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat setelah hampir 7 bulan memerintah.

Beliau berkata, kerajaan PH-BN juga sanggup berbohong kepada rakyat dengan memberi pelbagai gambaran, sedangkan realiti sebenar adalah tidak sedemikian.

“Kerajaan PH-BN juga sanggup berbohong kepada rakyat dengan memberi gambaran yang cantik-cantik sahaja, sedangkan realiti di bawah tidak sedemikian,

“Kos sara hidup terus meningkat dan mencengkam hidup rakyat, ekonomi merudum, ringgit menjunam ke paras membimbangkan tetapi kerajaan dilihat tidak berbuat apa-apa,

“Secara jujur saya tidak menyangka setelah lebih 7 bulan memerintah, masalah kerajaan campuran PH-BN ini begitu besar daripada yang dijangka. “ jelasnya dalam satu hantaran di laman media sosialnya, malam tadi.

Justeru, beliau menyeru seluruh rakyat agar dapat keluar mengundi dan menjadikan Piihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini sebagai satu pungutan suara rasmi rakyat menolak sebuah kerajaan ‘cakap tak serupa bikin’ yang banyak menyusahkan hidup rakyat.

“Sekali lagi saya berpesan, walaupun PN berada dalam serba kekurangan, jangan sesekali mudah putus asa, terus berusaha perhebatkan jentera pilihan raya, insya-Allah kemenangan akan menjadi milik kita,” ujarnya lagi.

Dalam hantaran yang sama, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu turut menafikan dakwaan pemimpin PH-BN bahawa sokongan rakyat kepada PN semakin tepu apabila melihat ribuan penyokong partinya hadir ketika Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Sembilan, pada Ahad.

“Alhamdulilllah, seperti di Kuala Terengganu malam semalam, saya melihat satu lagi fenomena manusia melaut hadir ke majlis ini, gambaran Perikatan Nasional (PN) terus mendapat sokongan rakyat dan menuju ke ambang kemenangan, insya-Allah,” jelasnya.

Tegasnya, PRN amat penting bagi mendapat mandat rakyat dalam memilih pemimpin bagi menentukan masa depan negeri untuk tempoh 5 tahun akan datang.

“Pilihan raya ini bukan sekadar untuk memilih seorang wakil rakyat tetapi memilih sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab, amanah, tidak rasuah, mendukung perlembagaan, adil dan saksama dalam sentiasa berusaha memajukan ekonomi negeri,

“Saya juga tegaskan bahawa PRN di Negeri Sembilan dan lima negeri lain merupakan referendum atau pungutan rasmi suara rakyat enam negeri sama mahu melihat kerajaan Putrajaya kekal atau sebaliknya,” katanya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!