Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut #Pertahanan: Perang Borneo – Platform perkasa warga Armada Timur

#Pertahanan: Perang Borneo – Platform perkasa warga Armada Timur

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 12 Jul – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui Markas Pemerintahan Armada Timur (MPA Timur) telah melaksanakan latihan Perang Borneo Siri 3/23 pada 7 hingga 10 Julai lalu.

Pihak MPA Timur menerusi hantaran di laman media sosialnya memaklumkan, latihan berkala ini merupakan pendekatan dinamik yang digunakan bagi melatih dan menilai keupayaan aset serta kecekapan warga TLDM di Armada Timur.

“Seperti siri sebelumnya, latihan berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) ini menekankan kompetensi warga dalam menjalani pelbagai evolusi navigasi, komunikasi dan peperangan maritim,” jelasnya.

Menurut MPA Timur, sebanyak 7 buah kapal termasuklah 2 buah kapal daripada Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah memperagakan kehadiran aset TLDM di Zon Maritim Malaysia di Laut China Selatan dan menjayakan semua siri evolusi yang dirancang.

“Sebagai elemen sokongan, Helikopter Operasi Maritim AW139, UAS Scaneagle serta aset sahabat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu 2 pesawat HAWK turut membantu menjayakan pelbagai siri seperti peperangan anti udara, latihan pendaratan dek, WINCHEX,

“Menutup tirai, pemerhatian dan dapatan sepanjang latihan ini akan terus menjadi pemangkin kepada MPA Timur dalam menyediakan angkatan laut yang kompeten dan siapsiaga dalam mempertahan kedaulatan perairan negara,” jelas hantaran itu lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!