Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat #Pertahanan: Eks Harimau Strike tingkat kompetensi warga 9 RAMD Para

#Pertahanan: Eks Harimau Strike tingkat kompetensi warga 9 RAMD Para

by Nurulhuda

TANJUNG LABOH, 4 Jul – Seramai 15 pegawai dan 201 anggota Batalion Ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (9 RAMD (PARA)) telah terlibat dalam Eksesais HARIMAU STRIKE Siri 1/2023 pada 8 hingga 27 Jun lalu.

Eksesais yang dilaksanakan di sekitar Kem Terendak dan di kawasan am Simpang Renggam – Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor ini adalah untuk menguji dan menilai semua peringkat termasuk fungsi Markas Batalion sebagai staf perancang serta kompeni sebagai pelaksana.

Menurut pihak 10 Briged Para (10 Bgd Para), eksesais ini telah dirangka secara terperinci menggabungkan fasa perancangan, persiapan dan pelaksanaan.

โ€œEksesais ini adalah berkonsepkan ๐˜š๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ค๐˜ช๐˜ง๐˜ช๐˜ค ๐˜–๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ด yang telah dirangka secara terperinci secara fasa yang bertujuan untuk menguji semua peringkat termasuk fungsi Markas Batalion sebagai staf perancang dan kompeni sebagai pelaksana,

โ€œPenerapan latihan berorientasikan ๐˜–๐˜ฏ๐˜ฆ ๐˜š๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฑ ๐˜๐˜ช๐˜จ๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ณ terarah kepada Kompeni Tempur,โ€ jelas pihak Markas 10 Bgd Para.

Jelas Markas 10 Bgd Para, eksesais ini telah dilaksanakan dalam 4 fasa utama iaitu Fasa Persiapan; Fasa Pre Deployment Training (PDT)/ Battle Procedure; Fasa Pelaksanaan/ Field Training Exercise (FTX) dan After Action Review (AAR) yang menekankan peranan serta aturgerak elemen Rapid Deployment Force (RDF) โ€“ Specific Operation – Raid.

Pegawai Memerintah 9 RAMD (Para), Leftenan Kolonel Mohd Farid Abd Hamid turut terlibat dalam serangan akhir iaitu ๐˜™๐˜ข๐˜ช๐˜ฅ yang dilaksanakan oleh Kompeni Pelaksana terhadap kawasan objektif musuh.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan tujuan pelaksanaan setiap fasa dalam eksesais ini adalah untuk meningkatkan kompetensi dan memperkasakan ketangkasan barisan pegawai dan anggota staf Markas Batalion dalam merangka dan merancang eksesais, serta Kompeni Tempur yang melaksanakan FTX.

โ€œEksesais ini adalah selari dengan Direktif Latihan Panglima 10 Bgd (Para) yang menjuruskan kepada pengekalan kompetensi setiap ๐˜—๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ dalam ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฆ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜บ iaitu berlatih untuk berperang,

โ€œPelaksanaan eksesais ini juga bertepatan dengan Teras Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-29 iaitu Peningkatan Kesiagaan serta Gagasan SINERGI Pegawai Memerintah Ke-29 iaitu Sentiasa Siaga dan Intensitas Latihan Tinggi,โ€ ujarnya lagi. -airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!