Home Pertahanan dan Keselamatan Latihan AMET uji kesiagaan pasukan ronda, elemen perubatan MALBATT 850-10 kendali pesakit

Latihan AMET uji kesiagaan pasukan ronda, elemen perubatan MALBATT 850-10 kendali pesakit

by Nurulhuda

MARAKAH, 15 Jun – Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) 850-10 telah melaksanakan Latihan Aero Medical Evacuation Training (AMET) di sekitar kem serta Helipad UNP 2-1, Kem Marakah.

Pihak MALBATT 850-10 memaklumkan, latihan ini dilaksanakan dengan kerjasama France Medical Team UNIFIL bersama Forward Medical Team (FMT) MALBATT yang diketuai oleh Mejar (Dr) Amir Syahmi Mohd Zainal Abidin serta Elemen BMR dan TOC MALBATT 850-10.

Menurutnya, latihan yang dikoordinasikan oleh Sel Latih ini bertujuan untuk menguji kecekapan dan kesiapsiagaan pasukan ronda serta FMT MALBATT 850-10 dalam melaksanakan Casualty Evacuation (CASEVAC) menggunakan 9-Liner Request.

“Seterusnya Medical Evacuation (MEDEVAC) dilakukan dengan menggunakan helikopter UNIFIL untuk mendapatkan rawatan di hospital (Level 3/4),” jelas MALBATT 850-10 menerusi hantaran di media sosialnya, malam tadi.

Tambah hantaran itu, pelaksanaan latihan ini memberi peluang FMT MALBATT 850-10 dalam mengendalikan pesakit yang memerlukan pemindahan dari ambulan ke pesawat udara.

“Selain itu, peralatan perubatan dapat diuji dan digunakan secara maksima bagi menghadapi situasi pemindahan kasualti jika berlakunya keadaan sebenar,

“Secara tidak langsung, latihan ini menguji kesiagaan komunikasi dalam permohonan MEDEVAC dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak dijangka,” ujar MALBATT 850-10.

Untuk latihan kali ini, Pegawai Perubatan Kanan, Lt Col (Dr) Jean-Christophe Engels, telah memilih kes Traumatic Brain Injury. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply