Home PolitikPAS /PPBM / LAIN DAP jadi parti terkuat kerana orang Melayu – Tun Mahathir

DAP jadi parti terkuat kerana orang Melayu – Tun Mahathir

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pengaruh DAP amat kuat kepada pemerintahan hari ini kerana menjadi parti terbesar dalam Kerajaan Perpaduan.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik melalui media sosialnya hari ini, Tun Mahathir berkata, keadaan ini berlaku kesan daripada sikap orang Melayu yang bosan dengan politik hingga menyebabkan Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai lebih ramai bukan Melayu memperoleh 82 wakil rakyat.

Sementara orang Melayu yang menjadi majoriti penduduk di Malaysia hanya mendapat 73 wakil rakyat, tidak termasuk dari parti PKR, Amanah dan DAP.

“Dalam PRU15, 75 peratus sahaja dari pengundi Melayu keluar mengundi. Apakah ini bermakna 25 peratus Melayu bosan? Tetapi 95 peratus dari orang Cina keluar mengundi,

“Apakah ini bermakna orang Cina tidak bosan dengan politik di Malaysia? Apakah ini bermakna mereka berminat dengan politik. Mengapa? Apa kesannya?,” katanya.

Menurut Dr Mahathir lagi, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), DAP mendapat 42 kerusi Dewan Rakyat dan parti berkenaan tidak pernah mendapat jumlah sebesar itu.

“Sebabnya pengundi Melayu dari parti Bersatu, yang benci dengan Najib, beri undi kepada DAP,

“Pada PRU15, Bersatu tidak lagi bersama dalam PH. Sudah tentu DAP tidak dapat undi Melayu. Tetapi DAP menang 40 kerusi Dewan Rakyat. Sebab? Kerana 95 peratus orang Cina keluar undi,” jelasnya lagi.

Semakan di laman web Parlimen bagaimanapun menunjukkan terdapat lebih 73 ahli Parlimen Melayu.

Perikatan Nasional (PN) sahaja mempunyai 72 Ahli Parlimen Melayu, manakala UMNO mempunyai 26.

Selain itu, terdapat juga lebih 10 Ahli Parlimen Melayu dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply