Home SemasaGlobal Jepun: Utamakan rundingan, pada masa yang sama tingkatkan keupayaan tentera

Jepun: Utamakan rundingan, pada masa yang sama tingkatkan keupayaan tentera

by M.Daim

SINGAPURA, 5 JUN – Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada menegaskan peningkatan keupayaan pasukan tentera negara Matahari Terbit itu bukan satu bentuk ancaman serantau.

Menurut beliau, Tokyo berpegang teguh kepada keutamaan dari segi diplomatik dan dialog bagi mengatasi sebarang isu.

Yasukazu menyatakan perkara tersebut ketika menyampaikan ucapan semasa Shangri-La Dialogue pada Sabtu lalu.

“Kami (Jepun) bukannya mahu mencari permusuhan ataupun konflik,

“Sebagai sebuah negara yang mahukan keamanan, kami mahu perkukuhkan keupayaan cegah rintang dan menggunakan dialog sebagai penyelesaian kepada sebarang perbezaan pendapat serta kepentingan,” katanya.

Jepun pada ketika ini sedang mengalami perubahan ketara terhadap polisi dan strategi pertahanan mereka semenjak berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Pada tahun lalu, Perdana Menteri Fumio Kishida telah meluluskan beberapa polisi yang bermatlamat untuk mempertingkatkan keupayaan pertahanan negara itu.

Antaranya the National Security Strategy (NSS), the National Defense Strategy and the Defense Buildup Program.

Ketiga-tiga polisi ini akan membawa kepada peningkatan perbelanjaan pertahanan dan keupayaan pasukan tentera negara itu.

Pada Disember 2022, Jepun telah mengumumkan belanjawan pertahanan terbesar yang pernah dilakukan oleh negara itu.

Perubahan geopolitik serantau dilihat sebagai antara pencetus kepada perubahan pendirian Jepun dalam pembangunan pasukan tentera mereka. Ini terutamanya dengan melihat isu keselamatan yang timbul daripada beberapa buah negara jirannya seperti China, Korea Utara dan Rusia.

Selain daripada itu, Jepun dan Korea Selatan dalam usaha untuk normalisasikan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

Kerjasama Tokyo-Seoul itu dilihat sebagai satu langkah ke hadapan walaupun isu Perang Dunia Ke-2 membelenggu hubungan antara kedua-dua negara sekutu Amerika Syarikat di rantau Pasifik. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply