Home Teknologi Pertahanan B-52H akan dilengkapi radar sama seperti pesawat pejuang – Boeing

B-52H akan dilengkapi radar sama seperti pesawat pejuang – Boeing

by M.Daim

SAN ANTONIO, 5 JUN –  Pihak Boeing menyatakan program tingkat upaya radar B-52 Stratofortress telah pun bermula selepas pihak syarikat menerima pesawat pengebom berkenaan dari pihak Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) pada awal Jun.

Menurutnya, pesawat pengebom terbabit merupakan yang pertama dan akan ditingkat upaya mengikut Radar Modernization Program (RMP).

Pesawat pengebom B-52H pernah melakukan penerbangan lintas semasa Pameran LIMA 2019. Foto: U.S. Air Force Tech. Sgt. Heather Redman

“Program RMP akan memberikan B-52 kemampuan radar sama seperti pesawat pejuang, meningkatkan ketepaan navigasi, mengesan dan menjejak sasaran,

“Radar baharu ini juga berupaya untuk mengesan beberapa sasaran secara serentak,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, tingkat upaya melalui RMP turut merangkumi pemasangan radom baharu di bahagian muncung pesawat, skrin sesentuh beresolusi tinggi dan pusat pemprosesan penderia yang akan menghubungkan radar dengan sistem lain pada pesawat.

Selain daripada itu, B-52 akan dilengkapi dengan radar AESA.

Tahun 2023 merupakan tahun ke-68 pesawat pengebom strategik keluaran Boeing itu berkhidmat dalam USAF. Sehingga kini, sebanyak 744 buah pesawat ini dibina.

Pesawat ini dibina pada era awal perang dingin dan telah terlibat dalam beberapa konflik utama dunia termasuk Perang Vietnam sehingga konflik di Timur Tengah.

B-52H pernah terlibat dalam satu latihan bersama Tentera Udara Diraja Malaysia pada tahun 2021. Foto: Pacific Air Forces

Pada tahun lalu, pihak USAF bercadang untuk menempatkan 6 buah pesawat pengebom ini di Pangkalan Udara Tindal Tentera Udara Diraja Australia pada masa hadapan.

Pesawat pengebom ini pernah melakukan penerbangan lintas (flypast) pada Pameran LIMA 2019.

Selain daripada itu, pesawat ini juga pernah mengadakan latihan bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada tahun 2021. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply