Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Pesawat A400M, Sukhoi Su-30MKM sertai pameran statik sempena HUT ABDB 2023

Pesawat A400M, Sukhoi Su-30MKM sertai pameran statik sempena HUT ABDB 2023

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 2 JUN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala di antara kedua-dua angkatan udara.

Pihak TUDM menjelaskan, perkara itu dizahirkan melalui penyertaan pesawat TUDM dalam Pameran Statik bersempena Hari Ulang Tahun (HUT) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang telah dilaksanakan pada 31 Mei sehingga 1 Jun 2023 di Pangkalan TUDB Kem Rimba, Brunei Darussalam.

Menurutnya, pada acara tersebut, TUDM telah menghantar sebuah pesawat A400M dan sebuah Sukhoi Su-30MKM bagi menyertai pameran statik yang berlangsung pada 31 Mei lalu.

Acara pameran diserikan lagi dengan kehadiran Sultan dan Yang Dipertua Brunei Darussalam Sultan Hassanal Bolkiah ibni Sultan Omar Ali Saifuddien, Putera Mahkota Al-Muhtadee Billah, Putera Abdul Malik dan Putera Mateen bersama anggota kerabat diraja Brunei yang lain.

Turut mengiringi baginda ialah Menteri Pertahanan II Pehin Datuk Paduka Awang Halbi Mohd Yussof dan Pemerintah- emerintah tertinggi ABDB.

“Baginda turut berkenan mencemar duli untuk bergambar dengan kesemua delegasi TUDM dan beramah mesra serta meninjau kedua- dua buah pesawat TUDM,” jelas TUDM pada Jumaat.

Selain dari TUDM, turut menyertai pameran statik berkenaan adalah tentera-tentera udara bersekutu seperti dari Amerika Syarikat (P8 Poseidon dan CL-605); Britain (Puma); Filipina (CN295 Vip); Singapura (F16, H225M dan Puma); Indonesia (CN295 MPA dan Puma) dan Australia (C27J).

Delegasi TUDM turut melaksanakan kunjungan hormat kepada Pemerintah TUDB, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif Dato Paduka Ibrahim Pemerintah Kumpulan Gerakan TUDB, Kolonel (U) Hishamuddin. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!