Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat tahan 10 PATI Indonesia termasuk 2 wanita di Teluk Ramunia

Tentera Darat tahan 10 PATI Indonesia termasuk 2 wanita di Teluk Ramunia

by Nurulhuda

JOHOR, 22 Mei – Tindakan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia termasuk 2 orang wanita menceroboh masuk negara gagal, apabila ditahan oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di kawasan Teluk Ramunia, malam tadi.

Kesemua mereka ditahan ketika sedang bersembunyi di dalam hutan kawasan berkenaan pada jam 9.15 malam.

Pihak Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) memaklumkan, tangkapan berkenaan dilakukan di kawasan Op Merpati 1 Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd).

Menurutnya, tangkapan tersebut adalah hasil daripada anggota Pos Pemerhati yang mengesan kehadiran bot yang mencurigakan di persisiran pantai Teluk Ramunia.

“Hasil siasatan awal, mendapati mereka adalah warganegara Indonesia dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,

“Kesemua mereka dipercayai merentas masuk secara haram menggunakan bot dari Indonesia,” kata pihak 3 Div.

Kesemua PATI yang ditahan telah dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk disoal siasat dan proses dokumentasi serta laporan kepada pihak polis. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!