MARAKAH, 11 Mei – Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) 850-10 telah melaksanakan Latihan Aero Medical Evacuation Team (AMET) di Helipad UNP 2-1, Kem Marakah pada Rabu.
Pihak MALBATT 850-10 menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, latihan ini dilaksanakan dengan kerjasama France Medical Team UNIFIL bersama Forward Medical Team MALBATT 850-10 dan diketuai Mej (Dr) Alia Fawziyyah Ismail.
Menurut hantaran itu, latihan ini diadakan untuk menguji kecekapan dan kesiapsiagaan Forward Medical Team MALBATT 850-10 dengan melakukan pemindahan pesakit menggunakan helikopter UNIFIL untuk mendapatkan rawatan di Level 3 dan 4 Hospital.
Jelasnya, latihan ini melibatkan penggunaan helikopter untuk pelaksanaan Medical Evacuation (MEDEVAC).
“Pelaksanaan latihan ini memberi peluang Forward Medical Team MALBATT 850-10 dalam mengendalikan pesakit yang memerlukan pemindahan dari ambulan ke pesawat,
“Selain itu, peralatan perubatan dapat diuji dan digunakan secara maksima bagi menghadapi situasi pemindahan kasualti jika berlaku keadaan sebenar. Secara tidak langsung, latihan ini telah menguji kesiagaan komunikasi dalam permohonan MEDEVAC dan menghadapi sebarang kemungkinan,” jelas hantaran itu. -airtimes.my