Home Semasa Sistem Sokongan Sosial pelarian akan ditambah baik oleh kerajaan – Zahid

Sistem Sokongan Sosial pelarian akan ditambah baik oleh kerajaan – Zahid

by M.Daim

PUTRAJAYA, 8 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan kerajaan akan beri penekanan kepada penambahbaikan Sistem Sokongan Sosial kepada pelarian.

Beliau yang juga  Pengerusi Jawatankuasa Peringkat Tinggi Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (JTPPPS) dalam satu kenyataan berkata, penambahbaikan tersebut merupakan sebahagian daripada 4 kluster penambahbaikan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan terhadap golongan itu di negara ini.

“Sistem Sokongan Sosial iaitu penyelarasan pemantauan, bantuan dan sokongan sosial sepanjang tempoh keberadaan sementara pelarian serta pemohon suaka di dalam negara,

“Ini terhad kepada hanya pelarian yang berdaftar dengan sebagai persediaan untuk ditempatkan ke negara ketiga,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah perincian mengenai penguatkuasaan penambahbaikan – penambahbaikan ini akan dimaklumkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa.

“Peranan dan penglibatan Entiti Kerajaan, UNHCR serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di dalam negara serta luar negara perlu diselaras dan diperkemas dalam isu membabitkan pengurusan pelarian dan pemohon suaka ini.

“Penekanan akan diberikan di terhadap mekanisme pengurusan dan penguatkuasaan yang efisien, dasar – dasar membabitkan kebajikan dan sosial di samping menjamin keselamatan dan kedaulatan negara,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Selain memberikan Sistem Sokongan Sosial, Zahid menyatakan kerajaan mengenal pasti 3 kluster penambahbaikan utama.

Antaranya mekanisme pengurusan pelarian dan pemohon suaka, penentuan status pelarian serta penguatkuasaan undang-undang kepada golongan itu.

Zahid menyatakan keempat-empat kluster terbabit merupakan perancangan serta dan usaha untuk mengukuhkan peranan kerajaan dalam pengurusan pelarian serta pemohon suaka di dalam negara ini.

Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat JTPPPS yang berbincang dan menyentuh dasar-dasar berkaitan Pelarian dan Pemohon Suaka di Malaysia.

Mesyuarat itu juga menetapkan 3 nilai teras pengurusan terhadap golongan terbabit iaitu “Perancangan yang komprehensif”, “Permuafakatan antara Entiti Kerajaan dan Bukan Kerajaan” dan “Keberkesanan Pelaksanaan.

Zahid menyatakan kerajaan mengambil berat terhadap peningkatan yang amat ketara akan jumlah pelarian di negara ini yang dilihat dalam tempoh 2009 hingga Mac 2023.

“160,332 orang (86.3 %) daripada keseluruhan pelarian dan pemohon suaka ini adalah pelarian daripada Myanmar dan 107,433 orang (67.0 %) daripada pelarian Myanmar adalah etnik Rohingya,” katanya.

Sementara itu, Zahid turut menegaskan pihak UNHCR perlu menjalankan tanggungjawab mereka terhadap pelarian dan pemohon suaka di negara ini.

“Pihak UNHCR perlu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap pelarian dan pemohon suaka yang berada di dalam negara,

“Selaras mandat dan fungsi penubuhannya serta tidak meletakkan beban pengurusan pelarian semata-mata terhadap Kerajaan atau komuniti rakyat tempatan,

“Kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk mengadakan suatu perjanjian bersama pihak UNHCR berhubung peranan dan tanggungjawab pertubuhan itu di dalam negara,” katanya dalam kenyataan.

Zahid menambah, kerajaan amat mengambil berat terhadap kegusaran rakyat berikutan kehadiran serta aktiviti – aktiviti yang dijalankan oleh segelintir golongan pelarian dan pemohon suaka ini yang bertentangan dengan norma kehidupan, sensitiviti dan budaya setempat yang sekaligus menjejaskan keharmonian rakyat tempatan.

Jelasnya, Malaysia menghormati mandat, fungsi dan peranan pertubuhan antarabangsa itu mengikut resolusi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terhadap golongan ini.

“Atas prinsip-prinsip nilai kemanusiaan, Kerajaan telah membenarkan golongan ini untuk berada sementara di dalam negara sebelum ditempatkan semula ke negara ketiga atau pulang ke negara asal,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!