Home Politik AMANAH tak layak jadi sahabat perjuangan – Puad

AMANAH tak layak jadi sahabat perjuangan – Puad

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 Apr – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Puad Zarkashi menyifatkan, parti Anamah Negara (AMANAH) tidak sesuai dijadikan sahabat kerana berpotensi meruntuhkan kerajaan perpaduan yang dibentuk.

Beliau membuat bidasan itu selepas Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad menyatakan, partinya membantah permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Amanah hanya layak jadi kawan politik bukan sahabat perjuangan,

“Sebab itu memang susah bersahabat dengan Amanah, hanya boleh jadi kawan. Kawan yang tidak beri jaminan kerajaan perpaduan boleh kekal. Kawan makan kawan,” katanya dalam satu hantaran yang dimuatnaik di laman Facebooknya, hari ini.

Puad berkata, AMANAH tidak tertib dalam mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam memberi pengampunan kepada Najib, apabila terus membuat desakan menolaknya.

“PAN (AMANAH) yang hina budi bicara Agong. PAN secara jelas mempersoal kebijaksanaan YDP Agong kerana membuat desakan itu,

“UMNO tidak membising pun bila Lembaga Pengampunan tidak bincang kes Najib dua hari lalu. UMNO memohon secara tertib. Masalahnya PAN kerana mendesak Agong menolak pengampunan Najib. UMNO hanya menyokong sahaja,” ujarnya lagi.

Pada 28 April lalu, AMANAH menerusi pengarah komunikasinya Khalid Samad merayu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar menolak permohonan pengampunan Najib dalam kes rasuah SRC International.

Sehari kemudian, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak agar berhenti memberi ulasan tidak sepatutnya berhubung isu tersebut dan menyerahkannya kepada kebijaksanaan Sri Paduka Baginda.

“Jadi ini adalah budi bicara baginda dan saya tidak mengalukan-alukan mana-mana pendapat daripada mana-mana pertubuhan apatah lagi parti-parti politik yang bersahabat dengan kita yang memberikan komen yang tidak sepatutnya,” katanya seperti dilapor Bernama.

UMNO Kelantan pula berkata, pihaknya menimbang untuk tidak lagi bekerjasama dengan AMANAH negeri itu jika Khalid tidak menarik balik kenyataannya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!