Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Anggota pertama Perisikan Malaysia meninggal dunia

Anggota pertama Perisikan Malaysia meninggal dunia

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Apr – Anggota pertama Perisikan Malaysia, Pegawai Waran II (Bersara) Hashim Ab Rauf, 92, telah meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Allahyarham disahkan telah menghembuskan nafas terakhinya pada jam 8 pagi tadi. Perkara tersebut dimaklumkan oleh anak pesara itu.

Hashim Rauf anak jati Kampung Enggor, Kuala Kangsar telah menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada tahun 1953.

Allahyarham merupakan satu-satunya anggota yang telah diserap ke dalam HQ 355 Field Security Section (FSS), British Military Intelligence dalam membantu membanteras perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM).

Video berkaitan: Hashim Rauf anak watan pertama jadi anggota Perisikan Malaysia

Kami dari pihak Air Times News Network merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!