Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat tahan 11 PATI Indonesia baru mendarat

Tentera Darat tahan 11 PATI Indonesia baru mendarat

by Muaz Rizqi

KOTA TINGGI, 13 April – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah berjaya menahan 11 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia melalui Op MERPATI I KTJ Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) di Parit Jepun, Kota Tinggi semalam.

Pihak Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) memaklumkan, Rejimen Kedua Kor Armor Diraja (2 KAD) telah mengesan kehadiran PATI melalui radar Gempita 8 X 8 dan mendapati sebuah bot yang mencurigakan telah mendarat di persisiran pantai.

“Kumpulan Pos Pemerhati seterusnya melaksanakan SERKAP dan telah menangkap 2 orang lelaki dan seorang perempuan pada jam lebih kurang pada jam 10.55 malam,

“Kemudian, Tim Dron dari 6 RRD telah diaturgerakkan bagi melaksanakan penjejakan bagi mencari saki baki PATI di kawasan berhampiran dan berjaya menemui 8 orang lelaki yang berada di dalam semak pada jam 11.15 malam,” ujarnya.

Seterusnya, kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berumur antara 23 hingga 44 tahun di bawa ke Balai Polis Bayu Damai serta menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Sungai Rengit.

“Kesemua PATI didapati negatif COVID-19 dan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Johor Bahru pada jam 11.00 tengahari,

“Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM21,247.11 melibatkan wang tunai dan 16 buah telefon bimbit yang terdiri daripada pelbagai jenama,” tambahnya lagi.

Markas 3 Div menegaskan, pasukannya akan terus komited memperkasakan kawalan keselamatan di sempadan negara melalui pemantauan serta penguatkuasaan berterusan bagi memastikan jenayah rentas sempadan dapat dikekang demi kedaulatan negara. -airtimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!