Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Anggota 25 RAMD hilang di Royal Belum ditemui meninggal dunia

Anggota 25 RAMD hilang di Royal Belum ditemui meninggal dunia

by Nurulhuda

IPOH, 12 Apr – Selepas 5 hari pencarian, mayat anggota tentera yang dilaporkan hilang ketika menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum di Gerik, Perak ditemui hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, mayat anggota berusia 33 tahun itu dijumpai pada pukul 10.15 pagi.

Difahamkan, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk proses bedah siasat dan akan dikebumikan di kampung halamannya di Pulau Pinang.

“Sudah jumpa (mangsa), mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, anggota tentera berusia 33 tahun dari Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Bentong, Pahang dilaporkan hilang ketika menjalankan tugas operasi di kawasan pendalaman tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, memaklumkan, hasil siasatan awal mendapati kehilangan berlaku Jumaat lalu pada jam 5 petang semasa mangsa bersama 5 anggota lain menjalankan operasi di kawasan penugasan,

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak hari pertama kehilangan,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican berkata, urusan membawa pulang jenazah sedang diuruskan oleh pihak tentera. Jenezah akan disolat dan dikebumi di Pulau Mertajam.

“Takziah diucapkan kepada Ketua Wanita Cawangan Pengkalan Sena, Fadzilah Bakar dan keluarga di atas pemergian anakanda tercinta,” tulisannya seperti dimuat naik di laman Facebooknya pada Jumaat. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!