Home Pertahanan dan Keselamatan Jangan muat naik video sakiti hati orang lain sampai berlaku kekacauan – Polis

Jangan muat naik video sakiti hati orang lain sampai berlaku kekacauan – Polis

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 8 APRIL – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menasihati masyarakat agar tidak memuat naik sebarang kandungan di media sosial sehingga boleh mencetuskan kekacauan dalam masyarakat.

Menurutnya, ia merangkumi gambar dan video sensitif yang melangkaui 3R (Rulers/Religion/Race).

“PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya memuat naik gambar, video sensitif dan seumpamanya yang melangkau aspek 3R,

“Perkara seperti ini boleh menjurus kepada fitnah dan menyakiti hati seseorang sehingga boleh mengundang kepada kemarahan masyarakat serta kekacauan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Tambahnya, sebarang bentuk penularan berita palsu, menghasut atau ugutan yang menyebabkan kegentaran awam di media sosial boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut pihak polis, seramai 2 individu telah ditahan membabitkan kes penghinaan terhadap Institusi Diraja dan perkauman sementara seorang lagi dikesan.

“Sebanyak 7 kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes 3R,” katanya.

Jelas PDRM, bilangan kertas siasatan tersebut merangkumi 4 kes menghina Institusi Diraja, 2 kes penghinaan agama dan 1 kes elemen perkauman. Kesemua kertas siasatan tersebut dibuka dalam tempoh 27 Mac hingga 6 April lalu.

PDRM menambah, kumpulan kerja (Task Force) siasatan melibatkan isu 3R telah ditubuhkan semenjak 22 Mac lalu dan diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

“Task force ini berperanan menyiasat kes-kes melibatkan penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja,

“Siasatan ini dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5, JSJ,” jelasnya.

Objektif kumpulan kerja ini adalah untuk memastikan siasatan dijalankan dengan kadar segera dan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh 7 hari. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!