Home Semasa Usul Pengeluaran KWSP bersasar di tolak, Ahli Parlimen pembangkang protes keluar dewan

Usul Pengeluaran KWSP bersasar di tolak, Ahli Parlimen pembangkang protes keluar dewan

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=SMb_CXuNpvM[/embedyt]

KUALA LUMPUR, 3 APRIL – Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan Rakyat, hari ini kerana usul pengeluaran KWSP bersasar telah ditolak oleh Dewan Rakyat.

Perkara tersebut telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Machang yang menyatakan usul beliau pada Jumaat lalu telah ditolak oleh Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

“Saya telah menerima jawapan balas dari Speaker Dewan Rakyat berhubung usul tergempar yang telah saya hantar Jumaat lalu,

“Malangnya pada pagi ini, usul itu telah ditolak dengan alasan bahawasanya Timbalan Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan telah menjelaskan hal berkenaan pengeluaran bersasar KWSP ini,” kata Ahli Parlimen Machang.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat menyatakan keputusan telah dibuat oleh pihak Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan ia merupakan muktamad.

Namun begitu, jawapan balas oleh Timbalan Speaker mendapat reaksi negatif dari barisan Ahli Parlimen pembangkang yang mahu perkara tersebut dibahaskan dengan kadar segera di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau) menegaskan beliau mahu perkara ini dibahaskan.

“Saya bawa juga usul sama tapi belum mendapat surat tolak atau terima. Saya mencadangkan supaya usul ini dibahaskan kerana rakyat perkara ini dibahaskan,

“Sudah ramai daripada kalangan rakyat mahukan perkara ini dibawa dan dibahaskan dalam parlimen,” katanya.

Timbalan Speaker menyatakan isu tersebut perlu diusulkan semula dan beliau tidak boleh mengatasi keputusan Speaker Dewan Rakyat.

“Tuan di-Pertua, kami mahu juga perkara ini dibahaskan. Jika tidak mahu dibahaskan, kita boleh keluar untuk menunjukkan kita protes perkara ini,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut).

Sidang Dewan Rakyat diteruskan dengan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Kewangan 2023 dan Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023.

Sidang Parlimen dijangka akan tamat pada hari esok. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply