Home Pertahanan dan Keselamatan Op Starlight II serah aset hospital medan kepada kerajaan Turkiye

Op Starlight II serah aset hospital medan kepada kerajaan Turkiye

by Nurulhuda

TURKIYE, 25 Mac – Operasi STARLIGHT II telah menyerahkan aset Hospital Medan Malaysia (HMM) kepada Kementerian Kesihatan Republik Turkiye (Ulusal Medikal Kurtarma Ekibi-UMKE) pada 23 Mac lalu.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, Majlis Serah Menyerah itu dilaksanakan diantara Pemerintah Operasi Operasi STARLIGHT II, Brigedier Jeneral Datuk (Dr) Amran Amir Hamzah bersama Wakil UMKE iaitu Evren Karaal (Pakar Perkhidmatan Kesihatan Kecemasan dan Penyelaras UMKE).

Pada 21 Mac lalu, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk mendermakan sejumlah peralatan dan kelengkapan HHM yang beroperasi di Celikhan kepada kerajaan Turkiye bagi membantu proses pemulihan kesihatan di negara tersebut.

Seramai 106 pegawai dan anggota pasukan Hospital Medan Malaysia di Turkiye telah melaksanakan misi memberi rawatan dan bantuan kepada mangsa gempa bumi yang melanda negara itu sejak 12 Februari lalu.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan ketika sesi lawatannya ke Turkiye pada 21 Mac lalu.

Jelasnya, peralatan yang digunakan di HMM di Celikhan akan ditinggalkan untuk kegunaan para doktor serta jururawat Turkiye dan sekali gus dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka.

Penugasan HMM yang mula diaktifkan pada 9 Februari lalu bagi melaksanakan misi bantuan perkhidmatan perubatan kepada mangsa gempa bumi di negara Turkiye ditamatkan setelah 6 minggu beroperasi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply