Home Pertahanan dan Keselamatan Malaysia derma peralatan Hospital Medan Ops Starlight 2 kepada Turkiye – Tok Mat

Malaysia derma peralatan Hospital Medan Ops Starlight 2 kepada Turkiye – Tok Mat

by M.Daim

ANKARA, 21 Mac – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan menyatakan kerajaan memutuskan untuk mendermakan kelengkapan Hospital Medan yang beroperasi di Celikhan kepada kerajaan Turkiye.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa sidang media bersama rakan sejawatannya dari Turkiye, Hulusi Akar.

“Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menderma sejumlah peralatan dari Hospital Medan kepada pihak Republik Turkiye,

“Peralatan yang digunakan sekarang (di Celikhan) akan ditinggalkan untuk kegunaan para doktor serta jururawat Turkiye,” katanya.

Menurut Menteri Pertahanan, beliau berharap derma ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh kerajaan Turkiye.

“Ia merupakan satu bentuk solidariti dari Kerajaan Malaysia dan rakyat kepada kerajaan Turkiye,” katanya.

Beliau menambah, misi Hospital Medan Malaysia di Celikhan, Adiyaman akan tamat pada 23 Mac ini.

Terdahulu, Tok Mat tiba di Kementerian Pertahanan Turkiye dalam rangka lawatan ke negara itu.

Beliau dijangka akan melakukan lawatan ke Hospital Medan Malaysia pada hari ini.

Lawatan Menteri Pertahanan ke Turkiye dijangka turut menyentuh penyataan niat kerajaan Malaysia untuk memperolehi Kapal Misi Pesisir Batch 2 (Littoral Mission Ship Batch 2, LMSB2) untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Ini berdasarkan ucapan beliau semasa Penggulungan Perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 8 Mac lalu.

Walaupun perolehan LMSB2 tidak dinyatakan semasa sidang media bersama Hulusi Aka, Menteri Pertahanan menyatakan kedua-dua pihak telah berbincang untuk memperluaskan kerjasama dalam bidang ketenteraan dan industri pertahanan.– airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply