BAGAN DATUK, 18 Mac – Kabinet memutuskan sebahagian peruntukan tambahan RM150 juta yang diumumkan semalam, akan digunakan bagi pemasangan jambatan Bailey di kawasan terjejas banjir di Johor.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemasangan itu melibatkan kawasan terputus hubungan termasuk di Sekijang, yang memerlukan kerja pembaikan jalan di kawasan tersebut.
“Ahli Parlimennya telah memberitahu saya keperluan untuk jambatan Bailey (di situ).
“Jawatankuasa peringkat daerah mengkoordinasikan akan dapat akan memasang jambatan Bailey ini, sebelum pembaikan dan penaikkan taraf jalan-jalan itu dilakukan sepenuhnya,” katanya ketika ditemui pemberita pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua jentera kementerian membantu misi pascabanjir di Johor, dengan RM150 juta peruntukan tambahan telah disegerakan oleh Kementerian Kewangan. – BERNAMA