Home Pertahanan dan Keselamatan Radar pertahanan udara baharu TUDM beroperasi hujung tahun ini – Tok Mat

Radar pertahanan udara baharu TUDM beroperasi hujung tahun ini – Tok Mat

by M.Daim

KUALA LUMPUR,  16 Mac – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan hari ini menyatakan radar pertahanan udara baharu akan beroperasi di Labuan pada akhir tahun ini.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa Sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Rakyat.

“Tentera Udara Diraja Malaysia dan Kementerian Pertahanan dalam proses untuk menggantikan radar di Labuan,

“Kita akan panggil sistem dari Amerika Syarikat yang akan kita commissionkan pada hujung tahun ini,” katanya.

Menurut beliau, radar PC-77 (editor: TPS-77) akan menggantikan radar lama buatan Itali yang telah berusia.

Sebelum ini, Amerika Syarikat telah mengumumkan cadangan perolehan 3 radar jarak jauh kepada Malaysia dan Indonesia pada tahun 2020. Pada ketika itu, jumlah radar secara spesifik untuk kedua-dua negara tidak dinyatakan lanjut.

Kontrak tersebut kemudiannya dianugerahkan kepada Lockheed Martin pada tahun 2021 dengan nilai US$25,111,798.

Pada masa yang sama, Tok Mat menegaskan ruang udara negara sentiasa dipantau dan diperhatikan dari masa ke semasa oleh Tentera Udara Diraja Malaysia. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!