BEIJING, 11 Mac – Kerajaan China telah melantik Perdana Menteri baharu negara itu, hari ini.
Li Qiang, 63 tahun menggantikan Li Qekiang yang memegang jawatan itu selama 10 tahun semenjak 15 Mac 2013.
Pelantikan Qiang dibuat selepas Presiden China, Xi Jinping menandatangani arahan presiden bagi melantik Perdana Menteri baharu semasa persidangan 14th National Congress.
Semalam, Kongres telah sebulat suara untuk mengekalkan Xi Jinping sebagai Presiden China untuk penggal ke-3 berturut-turut. Xi memegang tampuk kepimpinan negara kuasa besar Asia itu semenjak 2012 selepas menggantikan Hu Jintao. – airtimes.my