Home Pertahanan dan Keselamatan Industri pertahanan tempatan berpotensi, mampu corak ekonomi negara – Tok Mat

Industri pertahanan tempatan berpotensi, mampu corak ekonomi negara – Tok Mat

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan hari ini menegaskan industri pertahanan negara mempunyai potensi yang tinggi dan mampu menjadi katalis kepada ekonomi nasional.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa menyampaikan ucapan Sesi Ramah Mesra Menteri Pertahanan Bersama Pemain Industri Pertahanan di Wisma Perwira.

“Sektor industri pertahanan bukan sahaja adalah bahagian penting dari sistem pertahanan nasional. Jika di bangunkan secara strategik, ia berupaya menjadi katalis penting untuk pertumbuhan dan kebolehsaingan ekonomi negara,

“Walaupun Malaysia masih jauh terkebelakang dalam sektor ekonomi berasaskan pertahanan. Namun Malaysia mempunyai pelbagai potensi untuk membangunkannya,” katanya.

Beliau menambah, kedudukan dan prestasi industri pertahanan negara tidak boleh dibiarkan dalam keadaan yang sama jika mahu untuk maju ke hadapan.

“Justeru, kedudukan dan prestasi industri pertahanan negara tidak boleh dibiarkan dalam ‘the current state of affairs’,

“Malaysia mesti menggembleng dan mencari strategi yang lebih tuntas untuk membangunkan industri pertahanannya,” ujar beliau.

“Walaupun Malaysia masih jauh terkebelakang dalam sektor ekonomi berasaskan pertahanan. Namun Malaysia mempunyai pelbagai potensi untuk membangunkannya,” – Menteri Pertahanan.

Menurut Menteri Pertahanan, keperluan sistem pertahanan negara semakin kompleks berikutan pembangunan teknologi baharu disamping kewujudan ancaman bukan tradisional serta pelbagai ancaman lain.

“Jadi kita mesti mempunyai industri pertahanan yang di pacu oleh teknologi dan sains termaju,

“Kedua kerana Malaysia, sedang bergerak pantas menjadi ‘a middle power’. Pembangunan ekonomi, pengaruh dan keterlihatan kita, jelas menunjukkan kita mula bergerak pantas, dan secara pasti akan menjelma sebagai kuasa pertengahan yang penting,

“Dan ketiga, kerana ekonomi Malaysia memerlukan bidang keberhasilan baru. Tanpa sektor ekonomi yang ‘diversified’, Malaysia akan terus terperangkap dalam mod negara membangun,” katanya.

Dalam pada itu, Tok Mat menyatakan Kementerian Pertahanan Malaysia menerusi menerusi Bahagian Industri Pertahanan, mesti mempunyai strategi untuk menyediakan pemain sektor industri pertahanan menghadapi semua cabaran.

“Penubuhan Malaysian Industry Council for Defence, Enforcement and Security atau MIDES adalah salah satu strategi yang penting,

“Selain mengenal pasti syarikat-syarikat yang berkemampuan di dalam industri pertahanan, MIDES harus berperanan menarik lebih ramai pelabur asing melabur dalam industri pertahanan nasional,

“Begitu juga Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA) 2023. Ia adalah arena untuk pemain industri meneroka pelbagai jaringan dalam perniagaan pertahanan,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply