Home Semasa Serangan Israel di Nablus satu tindakan jenayah kemanusiaan – Wisma Putra

Serangan Israel di Nablus satu tindakan jenayah kemanusiaan – Wisma Putra

by M.Daim

PUTRAJAYA, 26 Feb – Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) mengutuk serangan Israel di Nablus.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, serangan yang mengorbankan 11 nyawa warga Palestin pada 22 Februari lalu merupakan satu tindakan jenayah kemanusiaan.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera penjajah Israel di Nablus dan mengorbankan 11 nyawa warga Palestin,

“Tindakan ini secara jelas merupakan satu jenayah kemanusiaan dan mereka yang terlibat wajar diambil tindakan,” kata kenyataan itu.

Pada masa yang sama, Wisma Putra menyuarakan pendirian kerajaan Malaysia terhadap masyarakat dunia untuk tidak menutup sebelah mata terhadap tindakan ganas tentera Israel di Palestin.

“Sidang Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sepatutnya melaksanakan tanggungjawab mengikut mandat mereka,

“Masyarakat Palestin juga berhak untuk mendapatkan keamanan, keselamatan dan keadilan,” jelas kenyataan itu.

Selain itu,  Malaysia berdiri teguh terhadap pendirian bahawa masyarakat Palestin berhak untuk mempunyai wilayah mereka yang merdeka mengikut sempadan sebelum tahun 1967. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply