Home Pertahanan dan Keselamatan Bajet 2023: RM17.7 bilion untuk pertahanan, kerajaan setuju beli LMS Batch 2

Bajet 2023: RM17.7 bilion untuk pertahanan, kerajaan setuju beli LMS Batch 2

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM17.7 bilion untuk Kementerian Pertahanan.

Pada masa yang sama, beliau mengumumkan keputusan kerajaan untuk meluluskan perolehan Kapal Misi Pesisir (LMS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Dalam mengukuhkan tahap pertahanan dan kawalan maritim negara Kerajaan melaksanakan perolehan Littoral mission ship pada tahun ini yang sangat dituntut oleh MINDEF,” katanya semasa menyampaikan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, keutamaan peruntukan ini adalah untuk menyelenggara dan membeli aset-aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan dengan peruntukan hampir RM4.1 bilion.

Peruntukan yang dibentangkan pada tahun ini adalah sedikit tinggi berbanding belanjawan 2023 yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-15 iaitu RM17.37 bilion. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply