Home Semasa Tiada PRK DUN Batang Kali – SPR

Tiada PRK DUN Batang Kali – SPR

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Selangor.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan, suruhanjaya itu telah menerima notis mengenai kekosongan jawatan daripada Speaker Selangor Ng Suee Lim semalam.

“Berdasarkan Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Bab 5 Perkara LXX (5), Speaker Dewan Negeri telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka tersebut,

“Selaras dengan itu, tiada PRK akan diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Batang Kali di Selangor,” kata SPR dalam kenyataan pada Rabu.

Pada 16 Februari lalu, Ng mengisytiharkan kerusi DUN Batang Kali kosong, berikutan ketidakhadiran penyandangnya Harumaini Omar dari Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dalam dewan selama lebih 6 bulan tanpa sebarang notis.

“Penyata Rasmi dan Buku Kedatangan Ahli DUN Selangor menunjukkan ADUN Batang Kali didapati tidak hadir tanpa kebenaran Speaker DUN Selangor pada keseluruhan persidangan dewan dari 23 hingga 30 November 2022, 1 hingga 2 Disember 2022 dan 5 hingga 6 Disember 2022,

“Tiada rekod dalam Pejabat DUN Selangor dan Pejabat Speaker yang menunjukkan Yang Berhormat memohon kebenaran daripada Speaker untuk tidak hadir pada persidangan berkenaan,” katanya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!