Home Pertahanan dan Keselamatan Malaysia, Indonesia sepakat perkukuh kerjasama pertahanan

Malaysia, Indonesia sepakat perkukuh kerjasama pertahanan

by Nurulhuda

INDONESIA, 21 Feb – Malaysia dan Indonesia menyatakan komitmen untuk bersama mengukuhkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara secara konstruktif dan progresif.

Kerjasama ini juga turut melibatkan bidang sains dan teknologi pertahanan, industri pertahanan, dialog pertahanan strategik dan isu ketenteraan serta perkongsian maklumat.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) memaklumkan, kerjasama itu dizahirkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengadakan lawatan rasmi ke Rupublik Indonesia, hari ini.

Menurut MINDEF, lawatan rasmi ini dimulai dengan sesi Kunjungan Hormat Menteri Pertahanan ke atas rakan sejawatannya, Tuan Yang Terutama (TYT) Prabowo Subianto, Menteri Pertahanan Republik Indonesia.

“Semasa sesi Kunjungan Hormat diadakan, Menteri daripada kedua-dua negara mengadakan perbincangan mengenai usaha untuk mempertingkatkan kerjasama antara kedua-dua negara melalui platform Hubungan Pertahanan Dua Hala dan Hubungan Pertahanan Pelbagai Hala,

“Kedua-dua Menteri juga menegaskan komitmen untuk bersama mengukuhkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara secara konstruktif dan progresif,

“Kerjasama ini juga turut melibatkan bidang sains dan teknologi pertahanan, industri pertahanan, dialog pertahanan strategik dan isu ketenteraan serta perkongsian maklumat,” jelas MINDEF dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada masa yang sama, Mohamad turut menyampaikan jemputan kepada TYT Prabowo Subianto untuk mengunjungi Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) yang akan berlangsung dari 23-27 Mei 2023 kelak.

“Malaysia dan Indonesia berkongsi hubungan dua hala yang erat dan lawatan Mohamad ke Republik Indonesia merupakan langkah penting untuk mengukuhkan lagi ikatan diplomasi dan persahabatan sedia ada antara kedua-dua negara,” tambah kenyataan itu lagi.

Turut mengiringi, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM; pihak pengurusan Kementerian Pertahanan dan wakil Angkatan Tentera Malaysia (ATM).-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!