Home Pertahanan dan Keselamatan Menteri Pertahanan: Misil pertahanan udara LCS tunggu kelulusan kabinet

Menteri Pertahanan: Misil pertahanan udara LCS tunggu kelulusan kabinet

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menyatakan misil pertahanan udara (Surface-to-air Missile, SAM) untuk Kapal Tempur Pesisir (LCS) akan memerlukan kelulusan oleh pihak Jemaah Menteri.

“Bagi perolehan SAM, belum ada dalam kontrak lagi,” katanya semasa menjawab soalan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menambah, perolehan tersebut akan memerlukan kelulusan kabinet.

“Kita akan buat dan kita akan memerlukan kelulusan kabinet untuk memperolehi dari OEM mana dan jenis,” katanya.

Beliau menambah, perolehan sistem persenjataan lain seperti misil anti permukaan sudah pun dilaksanakan.

“Kita akan lakukan apabila dapat mengenal pasti sistem yang mana yang baik yang terbaik

yang boleh diletakkan di atas LCS tersebut,” ujar beliau.

LCS merupakan salah satu daripada komponen Pelan Transformasi 15-to-5 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Walaupun digelar sebagai LCS, kapal kelas Maharajalela ini disifatkan mempunyai keupayaan setaraf dengan frigat.

Kapal yang dibina berasaskan rekaan Gowind ini dirancang untuk memilik meriam utama 57mm dan 2 laras meriam 30mm.

Selain daripada itu, kapal ini bakal dilengkapi dengan misil anti permukaan NSM dan 2 pelancar torpedo 3-tiub. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply