Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Gempa bumi: Pesawat TUDM sedia dikerah ke Syria

Gempa bumi: Pesawat TUDM sedia dikerah ke Syria

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Dua buah pesawat A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah diarah bersiap sedia untuk berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik bagi menghantar bantuan kemanusiaan pada Sabtu ini.

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam kenyataan memaklumkan, Pasukan Peninjau Khas yang disertai 20 wakil dari pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) telah berlepas ke Syria pada Selasa lalu.

Menurut pihak Wisma Putra, tujuan utama pasukan khas itu ke Syria adalah untuk membina jaringan komunikasi dengan pihak berkuasa tempatan termasuk mengenal pasti laluan selamat untuk misi penghantaran bantuan dari Malaysia.

“Orang ramai yang ingin menyumbang barangan keperluan boleh berbuat demikian dengan menghantar ke pusat pengumpulan di bawah seliaan NADMA dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM),

“Di alamat Markas SMART, NADMA Malaysia, Jalan Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor dan
(PBSM) Ldi ot PT54, Lengkok Belfield, off Jalan Wisma Putra, Kg Attap, 50460 Kuala Lumpur,” jelas kenyataan itu.

Selain itu, kementerian juga mengalu-alukan orang ramai, kumpulan korporat dan perniagaan serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyalurkan sumbangan melalui Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN).

Sumbangan boleh dibuat melalui:

Akaun: Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri
Bank: Affin Islamic Bank Berhad, Cawangan Putrajaya
Nombor Akaun: 1054 9000 0599
Bagi tujuan rekod dan pengeluaran resit, sila nyatakan butiran sumbangan anda melalui pautan https://tinyurl.com/yck9tnen.

Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada pihak Sekretariat TBKLN ([email protected]).

Sumbangan yang dibuat adalah layak untuk mendapatkan pengecualian cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Pada 6 Februari lepas, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter telah melanda kawasan selatan Turkiye serta Syria, dan telah mengorbankan lebih 35,000 nyawa.

Setakat semalam, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Malaysia telah mengeluarkan 47 mayat dari bawah runtuhan dan menyelamatkan 5 sekeluarga. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply