Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Projek Jiwa Murni: Tentera Darat baik pulih rumah veteran 4 RAD

Projek Jiwa Murni: Tentera Darat baik pulih rumah veteran 4 RAD

by Muaz Rizqi

AJIL, 15 Feb – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) melaksanakan Projek Jiwa Murni (PJM) dengan membaik pulih rumah kediaman veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Tok Randok, Ajil.

Markas 8 Bgd menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, majlis Pelancaran PJM tersebut telah disempurnakan oleh Panglima 8 Bgd, Brigedier Jeneral Azudin Hassan, pada Isnin lalu.

Menurut Markas 8 Bgd, PJM itu dilaksanakan di kediaman milik Koperal (Kpl) Zawawi Yaacob di mana bekas anggota Rejimen Kemepat Artileri Diraja (4 RAD), Kem Sikamat, Negeri Sembilan.

“Kerja-kerja baik pulih rumah ini telah dilaksanakan oleh pasukan 7 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (7 RAJD) dengan kekuatan seramai seorang pegawai dan 14 anggota,

“Projek ini dijangka siap dalam masa 14 hari bekerja,” jelas Markas 8 Bgd.

Pihak Markas 8 Bgd menjelaskan, PJM ini merupakan inisiatif khas Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) melalui kerjasama Syarikat BHPetrol di dalam membantu meringankan beban veteran ATM.

“Ini sekaligus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan kesiagaan ATM khususnya TDM dalam membantu masyarakat awam khususnya Veteran ATM,” ujarnya lagi.

Turut hadir Yang Dipertua PVATM Negeri Terengganu, Mejar Jeneral Datuk Mohamad Zaki bin Hj Hamzah (B) dan Ahli-Ahli PVATM Negeri Terengganu.

“Majlis Pelancaran PJM ini juga disaksikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain yang disiarkan secara langsung Sempena Pelancaran Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-90 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan,

“Semoga baik pulih rumah PJM ini akan dapat memberi keselesaan kepada Koperal Zawawi sekeluarga sejajar dengan Tonggak Kelima Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera dengan Awam,” jelasnya lagi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply