Home Pertahanan dan Keselamatan Perolehan LMS baharu: Guna rekabentuk kapal NGPV untuk jimat masa dan kos – Ikmal

Perolehan LMS baharu: Guna rekabentuk kapal NGPV untuk jimat masa dan kos – Ikmal

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz hari ini mencadangkan perolehan Kapal Misi Pesisir (LMS) baharu untuk menggunakan reka bentuk kapal yang sedia ada.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa menyampaikan bahas Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada hari ini.

Menurut Ikmal, rekaan yang berasaskan Meko 100 yang digunakan pada Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPV) sewajarnya dipertimbangkan untuk perolehan LMS untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Saya mencadangkan kepada Kementerian Pertahanan membina LMS ini berdasarkan rekabentuk kapal NGPV yang sedia ada demi menyelamatkan masa dan kos pembinaan daripada memperolehi jenis-jenis kapal yang ditawarkan dalam pasaran sekarang ini,” kata bekas Timbalan Menteri Pertahanan.

Beliau menambah, perolehan LMS baharu untuk TLDM perlu diambil perhatian oleh kerajaan bagi memenuhi perancangan strategik pertahanan laut negara.

“EPU (Unit Perancangan Ekonomi) dan Kementerian Kewangan haruslah meneliti keperluan bajet tambahan bagi memulakan perolehan kapal LMS ini yang baharu dalam memenuhi keperluan inventori dan visi Transformasi 15-to-5 TLDM,” ujar beliau.

Meko 100 merupakan salah satu rekaan kapal perang yang dibangunkan oleh syarikat Jerman, Blohm+Voss. Rekaan ini telah digunakan pada kapal kelas Kedah yang dioperasikan oleh TLDM.

Merujuk laporan Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) Integrated Report, syarikat terbabit telah memiliki hak reka cipta untuk model tersebut. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply