KUALA LUMPUR, 15 Feb – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa jawatan sebagai Perdana Menteri adalah bersifat sementara dan penerajunya boleh diganti pada bila-bila masa.
“Tiada kuasa yang kekal melainkan kekuasaan ALLAH SWT jua. Kuasa saya sebagai Perdana Menteri tidak kekal,
“Kuasa Tambun sebagai Perdana Menteri juga tidak akan kekal selama-lamanya. Pesan saya, janganlah apabila diberikan kuasa, ia digunakan untuk membalas dendam politik dengan mencari kesalahan yang tidak wujud,
“Politik dendam ini akan menghasilkan kesan yang amat buruk,” katanya semasa menyampaikan bahas Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.
Muhyiddin turut mengesa Anwar Ibrahim untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri dengan memberi fokus membantu rakyat yang kini dalam kesusahan.
“Hanya ini saya hendak cakap, ini tidak adil. Kamu fikir boleh bertahan selama-lamanya?
“Tempoh masa saya jadi Perdana Menteri singkat, tetapi jangan pikir Yang Berhormat Tambun akan kekal abadi untuk selama-lamanya. Selepas kamu mungkin ada orang lain,
“Jadi jangan aniaya, buat kerja. Sekarang zaman susah, rakyat tengah tak ada duit. Telur pun tak ada,” katanya lagi. – airtimes.my