Home Pertahanan dan Keselamatan Hospital Medan Malaysia di Turkiye mula beroperasi hari ini

Hospital Medan Malaysia di Turkiye mula beroperasi hari ini

by Nurulhuda

CELIKHAN, 15 Feb – Hospital Medan Malaysia (HMM) di Turkiye yang ditubuhkan untuk membantu mangsa gempa bumi di negera itu telah memulakan pengoperasian mengikut jadual, hari ini.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, HHM itu telah memulakan pengoperasinya dengan menerima pesakit pertama penghidap asthma.

“Penduduk kampung berdekatan di Celikhan yang terdiri dari wanita telah melawat HMM untuk melihat lebih dekat cara pengoperasian dan menerima taklimat dari petugas HMM,

“Penubuhan HMM telah mendapat penghargaan dari penduduk tempatan yang terjejas warga bencana gempa bumi,” jelas hantaran itu.

Terdahulu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Bahagian Perkhidmatan Kesihatan telah menghantar seramai 106 orang pegawai dan anggota bagi melaksanakan Op Starlight II (Operasi Pengendalian Hospital Medan Malaysia di Turkiye) dalam 3 fasa penghantaran semenjak 10 Februari lalu.

Kumpulan pertama melibatkan 36 pegawai dan anggota telah diaturgerak dengan 2 buah pesawat A400M TUDM dari Pangkalan Udara Subang pada 10 Februari 23 jam 02.00 pagi serta telah selamat tiba di Lapangan Terbang Gaziantep pada 11 Februari 23 jam 01.30 pagi (waktu Malaysia).

Manakala pada 10 Feb 23 jam 11.00 malam, Kumpulan kedua yang melibatkan 34 pegawai dan anggota telah diaturgerak menggunakan pesawat komersial Turkish Airlines dan telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada jam 10.44 pagi 11 Februari 23.

Sementara itu, kumpulan terakhir yang melibatkan seramai 41 anggota telah berlepas ke Turkiye dengan menaiki pesawat komersil dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada 13 Februari lalu.

HMM ini ditempatkan di Celikhan, Adiyaman iaitu 152 kilometer dari Gaziantep, iaitu kawasan paling terjejas akibat gempa bumi yang melanda awal bulan lalu.

Pasukan diketuai Pemerintah Op Starlight II, Brigedier Jeneral Datul Dr Amran Amir ini akan melaksanakan misi yang di jangkakan selama 6 minggu namun akan dilanjutkan sekiranya perlu.

HMM mendapatkan bantuan koordinasi dari kerajaan Turkiye dan akan koordinasikan operasi bersama KLN dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply