Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Parlimen: TLDM jadi angkatan daif jika isu kapal usang tidak ditangani

Parlimen: TLDM jadi angkatan daif jika isu kapal usang tidak ditangani

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Ahli Parlimen Ketereh, Mejar Jeneral (Bersara), Datuk Khlir Mohd Nor mendakwa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal menuju kepada status pasukan pertahanan yang daif berbanding angkatan negara-negara jiran.

Beliau berkata, sekiranya usaha untuk memperolehi aset serta kapal-kapal TLDM tidak dilakukan dengan segera, sudah pasti negara akan ketinggalan dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara.

“Daripada maklumat yang saya terima, 58 peratus daripada kapal-kapal TLDM sudah berusia lebih daripada 35 tahun,

“Yang menyebabkan bukan sahaja kita terbelakang dari segi teknologi, tetapi juga ia memberi risiko keselamatan kepada anak kapal itu sendiri,

“Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang lalu, ada menyebut tentang penyelewengan memang berlaku dan sejumlah besar wang gagal dikesan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen Katereh, Mejar Jeneral (Bersara), Datuk Khlir Mohd Nor ketika di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, situasi sebegini amat membimbang dan akan menjadikan TLDM sebagai satu angkatan yang ketinggalan jika tidak ditangani dengan segera.

“Kalau saya lihat pada perkembangan TLDM ini, jika tidak dilakukan usaha yang sungguh-sungguh, kita mungkin menuju ke arah pasukan tentera laut yang daif,

“Maksud saya tentera laut yang tidak boleh mengawal perairan kita,” jelasnya lagi.

Jelasnya, Malaysia memerlukan sebuah pasukan tentera laut yang kuat kerana negara dikelilingi oleh perairan, terutama di Selat Melaka.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!