Home Semasa Hak bersuara bukannya hak untuk sebar fitnah dan maklumat palsu – Fahmi Fadzil

Hak bersuara bukannya hak untuk sebar fitnah dan maklumat palsu – Fahmi Fadzil

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini menegaskan hak bersuara bukanlah hak untuk menyebarkan maklumat palsu.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Alor Setar di Dewan Rakyat.

“Memang komitmen kerajaan adalah untuk memastikan bahawa hak bersuara itu dijamin, dikekalkan dan diperkukuh,

“Tapi hak bersuara tidak bererti hak ada untuk berfitnah, untuk melemparkan fitnah ataupun menyampaikan maklumat yang palsu dan sebagainya,” kata Fahmi.

Dalam soalan tambahan tersebut, Afnan Hamimi bertanyakan pendirian kerajaan tentang kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa.

Selain daripada itu, wakil rakyat Alor Setar mendedahkan terdapat elemen perkauman, kebencian dan perpecahan turut diikesan di Twitter.

“Di Twitter juga ada elemen-elemen perkauman, kebencian dan memecahbelahkan perpaduan,

“Adakah kerajaan juga akan melihat (memantau) kepada Twitter?” katanya.

Menteri Komunikasi dan Digital menjelaskan kandungan berunsur kebencian, perkauman dan perpecahan sememangnya diambil tindakan oleh penyedia perkhidmatan.

“(Ia) Sama ada (oleh) komuniti guideline bagi platform itu sendiri, melanggari. Sebagai contoh di Facebook sekiranya seorang pengguna membuat live stream tapi terlibat dalam aktiviti keganasan, maka live stream itu akan diturunkan,

“Samalah juga dengan Twitter dan mana-mana platform media sosial yang lain,” katanya.

Beliau menambah, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan berhubung dengan pihak penyedia perkhidmatan media sosial untuk mengambil tindakan sekiranya terdapat aduan.

“Akhirnya tindakan itu akan diambil oleh penyedia platform tersebut, bukan oleh pihak kerajaan,” jelas Fahmi. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!