Home SemasaGlobal F-22A pintas dan tembak jatuh objek asing di ruang udara Kanada

F-22A pintas dan tembak jatuh objek asing di ruang udara Kanada

by M.Daim

OTTAWA, 12 Feb – Jet pejuang generasi ke-5, F-22A Raptor dilaporkan telah menembak jatuh satu lagi objek asing di ruang udara benua Amerika Utara.

Pemintasan ini merupakan kali ketiga dilakukan oleh pesawat terbabit selepas menembak jatuh belon beraltitud tinggi milik China pada 4 Februari lalu.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudea mengesahkan satu objek asing telah ditembak jatuh di ruang udaranya oleh Tentera Udara Amerika Syarikat.

Perkara tersebut dinyatakan oleh beliau dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya.

[blockquote align=”center” author=”Rangkaian Pertahanan Udara NORAD”]”Objek asing di ruang udara Kanada telah ditembak jatuh dengan menggunakan misil AIM-9X oleh F-22A Raptor”[/blockquote]

“Saya telah mengarahkan untuk menembak jatuh objek yang tidak dikenali yang melanggar kedaulatan ruang udara Kanada,

“Jet pejuang Kanada dan Amerika Syarikat telah diaturgerak. F-22A Raptor Tentera Udara Amerika Syarikat telah berjaya menembak jatuh objek terbabit,” katanya.

Menurut Justin, penembakan tersebut telah dibenarkan secara bersama dengan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.



Sementara itu, pihak White House dalam satu kenyataan menjelaskan objek terbabit telah dikesan dan dijejak oleh rangkaian pertahanan udara North American Aerospace Defense Command (NORAD).

“Presiden Biden telah membenarkan jet pejuang AS yang ditugaskan di bawah NORAD untuk melaksanakan operasi penembakan jatuh,

“Operasi ini dilaksanakan dengan koordinasi bersama Kanada,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, pihak NORAD menjelaskan objek terbabit telah dikesan semenjak Jumaat lalu.

“Pemantauan objek terus dilakukan selepas memasuki ruang udara Kanada. Pesawat CF-18 dan CP-140 milik Kanada turut terlibat dalam pemantauan tersebut,

“Jet pejuang F-22A telah menembak jatuh objek terbabit dengan menggunakan misil AIM-9X di ruang udara Kanada,

“Operasi ini dilaksanakan secara bersama antara kedua-dua negara,” kata kenyataan NORAD.

Sementara itu, Justin menyatakan pihak Kanada akan mencari dan mengesan sisa objek yang ditembak jatuh.

Namun begitu, pihak Ottawa dan Washington tidak menjelaskan secara terperinci mengenai objek terbabit.

Semalam, pihak Pentagon telah mengesahkan jet pejuang F-22A Raptor telah menembak jatuh satu objek beraltitud tinggi di luar pesisir Alaska. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!