Home Pertahanan dan Keselamatan Kumpulan kedua perubatan ATM berlepas ke Turkiye malam ini

Kumpulan kedua perubatan ATM berlepas ke Turkiye malam ini

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=NPLLDIUQF0A[/embedyt]


SEPANG, 10 Feb – Kumpulan kedua petugas perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berlepas ke Turkiye pada malam ini.

Penghantaran yang menggunakan pesawat komersil ini melibatkan seramai 34  orang pegawai dan anggota perubatan dari Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM untuk melaksanakan Op Starlight (Operasi Pengendalian Hospital Medan Malaysia di Turkiye).



Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh, kumpulan kedua ini merupakan sebahagian daripada 106 pegawai dan anggota yang terlibat dalam Op Starlight

“Secara keseluruhan, pasukan perubatan ini melibatkan 14 pakar dari pelbagai bidang dan 12 pegawai perubatan,

“Disamping itu, terdapat 80 pembantu perubatan, teknikal, juru bedah dan jururawat,” katanya semasa ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh berangkat ke Turkiye bersama kumpulan kedua Op Starlight. Foto: Air Times/Muaz

Zulkeffeli turut serta dengan kumpulan kedua yang dijangka berlepas pada pukul 11.35 malam.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan komposisi pasukan Op Starlight adalah berdasarkan penilaian terhadap kemungkinan yang akan dihadapi oleh mereka semasa berada di sana.

“Pasukan yang kita hantar adalah berdasarkan kebarangkalian kecederaan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa gempa bumi,

“Oleh itu kita menyediakan tim trauma dan beberapa pakar yang lain,” ujar beliau. Zulkeffeli menambah kumpulan terakhir akan berlepas pada malam esok.

[blockquote align=”aligncenter” author=”Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh”]
“Pasukan yang kita hantar adalah berdasarkan kebarangkalian kecederaan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa gempa bumi.  Oleh itu kita menyediakan tim trauma dan beberapa pakar yang lain,”[/blockquote]

Terdahulu, Markas ATM menyatakan penghantaran kumpulan bantuan perubatan ke Turkiye dilaksanakan dalam 3 fasa bermula hari ini.

Op Starlight ke Turkiye bermula dengan pelepasan kumpulan pertama bantuan perubatan dan Hospital Medan pada awal pagi tadi dengan menggunakan 2 buah pesawat A400M dari Pangkalan Udara Subang.

Sementara itu, Wisma Putra dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya berkata kedua-dua pesawat tersebut akan tiba di Ganziatep pada pukul 11 pagi waktu Turkiye (4 pagi waktu Malaysia).



Op Starlight merupakan antara bantuan yang disalurkan oleh kerajaan Malaysia kepada Turkiye yang terjejas akibat bencana alam yang berlaku pada Isnin lalu.

Semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan penghantaran kumpulan perubatan ke negara itu.

Menurut beliau, pasukan terbabit akan bertugas di Turkiye untuk selama 6 minggu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!