Home Pertahanan dan Keselamatan Projek perumahan SASaR dijangka siap hujung tahun depan – Tok Mat

Projek perumahan SASaR dijangka siap hujung tahun depan – Tok Mat

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=tVbZZWNPof8[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Projek perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Sungai Besi atau Residensi Sateria untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan warga awam Kementerian Pertahanan (MINDEF) dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun hadapan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek yang tergendala 6 peratus akibat pandemik COVID-19, akan dipercepatkan pembinaannya.

Jelasnya, Dewan Bandraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membenarkan masa tambahan selama 3 jam sehari hingga 8 malam bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan tersebut.

“Walaupun tergendala kebelakang 6 peratus dimana projek ini dimulakan pada Mac 2021 iaitu ditengah-tengah musim penularan wabak COVID-19. Terdapat beberapa malasah pekerja, bahan binaan memang tergendala,

“Tetapi sekarang mereka telah dapat bekerja dengan sepenuhnya, dan DBKL telah membenarkan untuk mengejar masa dengan masa tambahan sehingga jam 8 malam,

“MINDEF mensasarkan akan diserahkan kepada kita (MINDEF) pada penghujung tahun 2024,” katanya selepas melakukan lawatan di kawasan pembinaan Residensi Sateria, hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembinaan rumah SASaR ini merupakan strategi yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan bagi anggota tentera, warga awam MINDEF serta veteran ATM.

Mohamad berkata, projek SASaR ATM adalah satu daripada agenda teras MINDEF bagi menjaga kebajikan dan kualiti hidup warga kerja pertahanan.

“Cadangan pelaksanaan pembinaan perumahan SASaR ATM ini membuka peluang kepada warga kerja pertahanan termasuk anggota ATM, veteran ATM dan warga kerja awam MINDEF untuk memiliki rumah selesa dengan harga mampu milik di Kuala Lumpur,

“Projek SASaR ini adalah sebahagian dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang mengambil inisiatif dalam memastikan supaya kesejahteraan anggota tentera dan awam MINDEF diberikan perhatian oleh kementerian,” tambahnya.

Ditanya sama ada langkah penjimatan dilaksanakan Kerajaan Perpaduan kini menjejaskan projek SASaR, Mohamad menjelaskan, projek itu dilaksanakan tanpa menggunakan wang kerajaan.

Sebaliknya beliau berkata, pelaksanaan projek itu adalah berdasarkan KPP yang diluluskan Parlimen bagi menjaga kebajikan dan kualiti hidup warga kerja MINDEF termasuk aspek penempatan dengan pembangunan dibuat di atas tanah milik kementerian berkenaan.

Mohamad Hassan ketika meninjau tapak projek di Residensi Sateria,Sungai Besi hari ini.

Projek SASaR Sungai Besi membabitkan pembinaan lima blok kediaman meliputi 3,500 unit berharga antara RM150,000 hingga RM350,000 mengikut saiz kediaman.

Hadir sama, Ketua Setiausaha MINDEF, Datuk Seri Muez Abd Aziz; Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Related Articles

Leave a Reply